Sunday 26 February 2012

Teknik Trading (Trading Technique)

1.  Asas Indikator dalam trading  (Basic Indicator in trading)

RSI (Relative Strength Index)

RSI adalah penanda aras terpenting yg digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu matawang itu dalam keadaan sedia utk dibeli atau di jual. RSI yg di cadangkan utk digunakan sama ada RSI (14) dan bagi saya saya lebih suka utk menggunakan RSI (21).

Contoh RSI yg saya gunakan adalah RSI-TC NEW. Garisan berwarna hijau di RSI sebagai penanda zon belian dan merah sebagai zon jualan



Fibonacci Retracement

Fibonacci Retracement (FR) antara elemen yg terpenting untuk menentukan beberapa perkara yg sangat penting dalam trading.

1.  Tempat berlakunya pertukaran trend (Retracement)

Jika tuan/puan perhatikan di graf di atas, tuan puan akan dapat perhatikan perrkara terpenting iaitu :-

Tempat berlakunya pertukaran arah trend serta isyarat yg jelas tentang akan berlakunya pertukaran trend tersebut.

Jika trend mahu berubah, satu garisan putus2 yg bertanda dgn anak panah merah akan muncul serta garisan bertanda 0.00 atau pun kadang2 100 akan muncul di graf.

2.  FR juga digunakan utk menentukan sama ada "range of trading" wujud utk membolehkan kita trading dalam keadaan nyaman serta berupaya mendapat keuntungan yg kita harapkan.

Dalam kes di atas "range of trading" adalah sangat kecil. Jadi dalam keadaan ini tuan/puan dinasihatkan agar tidak trading bagi pair di atas sehingga "range of tradingnya" besar.

                                     Contoh range of trading yg besar-142 pips dari 0-100%


3.  FR juga digunakan untuk menentukan zon trading tuan/puan.

Zon trading boleh kita bahagikan kpd beberapa bahagian

a.  Zon bahaya dari 0%-23.6% & 61.8%-100%

b.  Zon Selamat di antara 23.6 %-61.8%.

Akan bersambung











No comments:

Post a Comment